Terkini

6/Terkini/ticker-posts

Header Ads Widget

header ads

"Apek" Harumkan SMKTIZ Dipersada Antarabangsa



Sebut nama Siti Afiqah mungkin pelajar tidak mengenalinya. Tetapi bila disebut "Apek", semua pelajar SMKTIZ malahan guru sekalipun mengenalinya. Siapa lagi kalau bukan srikandi sukan SMKTIZ kebelakangan ini. Dan Ketika ini beliau mencipta sejarah kerana menjadi pelajarPERTAMA SMKTIZ yang mewakili negara ke pentas antarabangsa.

Pada tahun ini sahaja, Adik Siti Nur Afiqah telah mencipta sejarah SMKTIZ dalam bidang Sukan dan Olahraga kerana membantu sekolah menggondol kejayaan seperti dalam permainan Bola Baling, Hoki, Bola Jaring dan terbaru Olahraga..

Dalam kejohanan Olahraga peringkat Negeri Terengganu baru baru ini, beliau telah dinobatkan sebagai Peserta Terbaik Perempuan Bawah 15 Tahun apabila berjaya menyumbangkan 3 Emas Indvidu dalam acara 400M, 800M, Lontar Peluru di samping membantu Dungun memperolehi Emas dalam acara berpasukan 4 x100 dan 4 x 400.

Dan pada bulan lepas, ketika kejohanan Trek Dan Balapan Peringkat Kebangsaan yang berlangsung di Pahang, Adik Nur Afiqah telah membantu Terengganu menggondol 4 daripada 5 emas Negeri Terengganu.Yang menariknya kesemua acara yang disertainya iaitu 400M, 800M, 4x100M dan 4x400M  telah memperolehi emas untuk Terengganu.

Dan pada hari ini sehingga 19 Jun, beliau sedang menjalani latihan pusat di MSN Bukit Jalil kerana terlibat dengan kejohanan Trek Dan Balapan Sekolah Sekolah Asean yang akan berlansung di Hanoi,Vietnam pada 20 Jun sehingga 29 Jun.

Kami warga IZ mendoakan agar adik Siti Afiqah terus mengharumkan nama SMKTIZ di persada Antarabangsa khususnya dan nama Malaysia secara amnya. Sekian, 

Post a Comment

0 Comments