Terkini

6/Terkini/ticker-posts

Header Ads Widget

header ads

NUTP gesa wujudkan jawatan tetap pembantu guru


KUALA LUMPUR 28 Julai – Ke­satuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) menggesa kerajaan untuk segera mewujudkan jawatan tetap pembantu guru bagi meringankan beban me­lampau yang digalas oleh guru.


HARRY TAN HUAT HOCK
Setiausaha Agungnya, Harry Tan Huat Hock berkata, beban melampau itu merupakan salah satu sebab kemurungan dalam kalangan guru kini berada di tahap serius.

“Selain itu, pastikan guru mengajar mengikut opsyennya. Contohnya guru yang boleh berbahasa Inggeris diminta ajar Bahasa Inggeris walaupun bidangnya mungkin berlainan.
“Peluang untuk bertukar atas sebab duka lara atau berjauhan dengan pasangan juga perlu dipertimbangkan,” katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas laporan mengenai golongan guru pa­ling ramai dikesan mengalami gejala stres di negara ini yang punca utamanya akibat beban kerja yang terlampau banyak.
Tambah Huat Hock, Kementerian Pendidikan juga perlu melihat semula kerja perkeranian guru-guru yang kini semakin bertambah.

“Semak semula borang-borang yang perlu diisi. Mana yang boleh hapuskan, sila hapuskan dan yang boleh diisi boleh dibuat dengan penyesuaian bagi memastikan guru tidak terbeban.

“Kita akui kerajaan sentiasa cuba selesaikan masalah ini bahkan telah wujud unit kaunseling dipelbagai lapisan pusat pentadbiran seperti di kementerian sendiri, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD).

“Bagaimanapun kita harap beberapa masalah utama yang menyebabkan kemurungan para guru dapat diselesaikan supaya ia tidak menjadi lebih buruk,” kata­nya.

Sumber : Utusan Malaysia

Post a Comment

0 Comments