Terkini

6/Terkini/ticker-posts

Header Ads Widget

header ads

177 sekolah di Seremban ditutup 2 minggu mulai esok


PETALING JAYA:
Kementerian Pendidikan (KPM) mengumumkan 177 sekolah dan institusi pendidikan di Seremban ditutup mulai esok sehingga 9 Nov ini, selepas daerah itu diisytiharkan zon merah Covid-19.

Sebuah daerah akan dikategorikan zon merah apabila mencatatkan lebih 40 kes aktif Covid-19.

“Sekolah dan institusi yang mempunyai asrama juga ditutup. Ibu bapa atau penjaga perlu mengambil pelajar yang tinggal di asrama tersebut untuk pulang.

“Bagaimanapun, pelajar yang menunggu untuk diambil ibu bapa serta ingin kekal di asrama sekolah dan institusi berkaitan sepanjang tempoh penutupan akan berada di bawah jagaan warden asrama.

“Keperluan makan dan minum pelajar sepanjang tempoh tersebut akan disediakan pihak sekolah dan institusi berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kementerian itu berkata, pelajar yang perlu menduduki peperiksaan antarabangsa sepanjang tempoh penutupan itu perlu mendapatkan surat dari sekolah untuk berbuat demikian.

Katanya, pentadbir sekolah dan semua institusi pendidikan perlu memastikan tenaga pengajar melaksanakan pengajaran dan pembelajaran atas talian sepanjang 2 minggu ini.

“Manual pengajaran dan pembelajaran di rumah boleh dimuat turun di portal rasmi KPM, www.moe.gov.my.”

Post a Comment

0 Comments