Terkini

6/Terkini/ticker-posts

Header Ads Widget

header ads

2 kawasan di Terengganu bawah PKPD

 


PETALING JAYA:
Kerajaan memutuskan dua lokaliti di Terengganu dikenakan perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) susulan peningkatan kes Covid-19

Menteri Kanan (Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob berkata, PKPD itu bermula 28 Jan hingga 10 Feb ini.

Beliau berkata, kawasan itu ialah Pusat Transit Tahanan (PTP) melibatkan Blok Pusat Latihan Pegawai Penjara, Zon 2 dan Zon 3 Penjara Marang.

“Pelaksanaan PKPD ini untuk memudahkan Kementerian Kesihatan (KKM) melaksanakan saringan secara bersasar ke atas semua yang terlibat untuk memastikan tiada penularan jangkitan dalam komuniti.

“SOP PKPD di penjara ini juga sama seperti diumumkan sebelum ini termasuk pergerakan keluar masuk dan lawatan oleh ahli keluarga tidak dibenarkan,” katanya.

Ismail berkata, sehingga kini KKM melaksanakan 1262 ujian saringan dan daripada jumlah itu sebanyak 98 kes positif Covid-19 direkodkan.

Katanya, bagaimanapun semua kes positif itu hanya melibatkan tahanan ditempatkan di PTP.

Sementara itu, Ismail berkata PKPD juga dikenakan di Pusat Koreksional Dungun dan kuarters kakitangannya.

“Sehingga 26 Jan lalu, KKM melaksanakan 1,102 ujian saringan dan daripada jumlah itu sebanyak 99 kes positif Covid-19 direkodkan melibatkan 92 tahanan, dua kakitangan dan lima kontak rapat,” katanya.

Ingkar SOP

Dalam perkembangan lain, Ismail berkata 506 individu ditahan atas kesalahan ingkar SOP semalam.

Katanya, daripada jumlah itu, 473 individu dikompaun dan 33 lagi direman.

“Kesalahan direkodkan ialah tidak memakai pelitup muka (112), premis beroperasi lebih masa/tanpa kebenaran (84), rentas daerah/negeri tanpa kebenaran (77), tiada penjarakan fizikal (76), gagal menyediakan peralatan/merekod butiran pelanggan (66) dan lain-lain (91),” katanya. _FMT

Post a Comment

0 Comments