Terkini

6/Terkini/ticker-posts

Header Ads Widget

header ads

Terengganu catat kadar kebolehjangkitan tertinggi

 


KUALA LUMPUR, 26 Jan
— Terengganu mencatatkan kadar kebolehjangkitan (Rt) harian tertinggi di negara ini iaitu pada 1.36 setakat semalam, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Berdasarkan infografik yang dikongsikan menerusi akaun Twitter beliau, Melaka merekodkan Rt kedua tertinggi pada 1.28, diikuti  Sarawak (1.25), Putrajaya (1.19), Perak (1.17), Kedah (1.15), Perlis (1.15), Kuala Lumpur (1.12), Labuan (1.11) Pahang (1.1), Selangor (1.1) dan Kelantan (1.09) .

Johor, Sabah, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang pula merekodkan Rt paling rendah, masing-masing pada 1.04, 1.03, 1.01 dan 1.0.

Rt untuk seluruh negara pula ialah 1.04, katanya. — Bernama

Post a Comment

0 Comments