Terkini

6/Terkini/ticker-posts

Header Ads Widget

header ads

Adakah Lailatul Qadar Dah Lepas?...



Hari ini dah masuk 22 Ramadhan. Jadi tinggal 7@8 hari lagi Syawal akan tiba.Dikesempatan masa yang tinggal  di fasa terakhir Ramadhan 1434H, umat Islam seluruh dunia tentunya mengejar malam Lailatul Qadar. Usah di cerita apa kelebihan Malam yang penuh barakah ini, kerana sejak kecil hingga sekarang ini kita disentuh atau diperingatkan tentang apa dia Malam Al-Qadar ini.

Dua Hari lepas yakni pada 20 Ramadhan kita dikejutkan dengan 2 berita di laman sosial dan juga akhbar tentang kewujudan kekuasaan Allah. Adakah ia merupakan petanda bahawa malam sebelumnya adalah malam Al Qadar.? Pertamanya muncul kalimah Allah pada pagi Isnin.Pemandangan ini dapat dilihat di kawasan perindustrian Paka, Dungun Terengganu.Gambar yang sempat dirakamkan ini telah dipaparkan di beberapa dinding laman sosial pada hari kejadian.Dan semalam juga dalam akhbar  Sinar Harian ada memaparkan kewujudan objek rahmat pada subuh hari di negeri Kelantan.Baca disini http://www.sinarharian.com.my/edisi/kelantan/anggap-kewujudan-objek-rahmat-ramadan-1.188082 .
Kalimah Allah Yang Muncul Di Paka

Objek putih yang menyerupai orang rukuk muncul pada waktu pagi di Kota Bharu
Itu hanya andaian yang menyatakan petanda malam Al Qadar. Tetapi apa yang pasti Malam tersebut hanya diketahui olehNYA dan Allah Lebih Mengetahui Tugas kita mencari keredhaan dan keampunan Allah sepanjang Ramadhan. Jika diizinkan olehNya, kita akan dipilih menjadi insan Istimewa pada malam tersebut.Biarlah kita menjadi hamba kepada Allah dan bukannya hamba kepada Ramadhan....renung renungkan...

Post a Comment

0 Comments