Tahukah anda apakah dia Duduk Tawaruk dan Duduk Iftirasy? Duduk Tawarak dan Duduk Iftirasy adalah salah satu daripada 16 Sunat Hai 'at yang terkandung dalam solat seharian kita. Tawaruk adalah keadaan duduk ketika membaca tasyahud akhid.Caranya ialah dengan menyengetkan punggung ke kiri hingga dia duduk di atas lantai,serta mendirikan kaki kanan nya, dan memasukkan kaki kiri di bawah kaki kanan..
Sementara itu, Iftirasy pula ialah duduk di atas buku lali kiri dan mendirikan kaki kanan di atas hujung jari-jarinya.
Kedudukan Yang Betul Ketika Duduk Selepas Bangkit Dari Sujud |
Al-Bukhari meriwayatkan sebuah hadis daripada Abu Humaid al Sa'idi r.a, yang bermaksud:
Saya adalah orang yang paling memerhatikan solat Rasulullah SAW....(sehingga katanya) apabila Baginda duduk pada dua rakaat(yang pertama), dia duduk di atas kakinya yang kiri dan mendirikan kaki kanan. Apabila Baginda duduk pada rakaat akhir, dia menghulurkan kaki kirinya dan mendirikan kaki kanannya, sambil mendudukkan papan punggungnya(di atas lantai)
(Riwayat al-Bukhari dalam sahih al Bukhari, Kitab Azan:Bab sunat duduk pada tasyahud)
Jadi mulai hari ini,marilah kita perbetulkan solat kita agar apa yang kita lakukan menjadi pelengkap dan mengindahkan solat kita..Sekian, Wallahua'lam
0 Comments