Perhimpunan hari ini 29 Julai 2018 disampaikan oleh Penolong Kanan Hal Ehwal Murid mengantikan ketiadaan tuan pengetua. PK Hem, En. Abdul Aziz Nik Mat menekan dua aspek penting yang perlu pelajar mengambil perhatian iaitu aspek keselamatan dan juga kehadiran ke sekolah.
En. Abdul Aziz mengingatkan pelajar setiap keadaan mereka perlu menekankan aspek keselamatan dan jangan aspek ini diabaikan kerana bukan sahaja menjadi masalah kepada pelajar berkenaan tetapi akan menimbulkan masalah kepada rakan, atau orang perkitarannya. Selain itu perkara ini juga boleh memberikan masalah kepada pihak sekolah atau penjaga.
Sikap pelajar sekolah yang prihatin apa yang disampaikan sangat dibanggakan. Mereka mencatat apa yang disampaikan dan budaya ini telah meresap jauh kepada semua warga SMKTIZ.
Diakhir majlis pelajar yang datang penuh 100% ke sekolah dihargai dengan pemberian sijil oleh Penolong Kanan Tuan Haji Wan Abdul Syukur Wan Awang. Begitu juga kelas yang mencatatkan kehadiran terbaik diberikan penghargaan kepada guru kelas tersebut.
Jika budaya menghargai apa yang pelajar dan guru lakukan disemai dan dikembangkan sekolah akan menghasilkan satu budaya yang sangat baik. Ini iklim persekitaran yang baik boleh menghasilkan pembemlajaran yang baik.
0 Comments