KUALA LUMPUR: Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) memandang serius rungutan pelbagai pihak terutamanya ibu bapa mengenai kekurangan peranti mudah alih untuk Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).
Menterinya, Khairy Jamaluddin berkata, MOSTI akan berusaha membantu mengatasi masalah itu secepat mungkin.
"Kita sedar banyak rungutan berkenaan dengan perkakas teknologi untuk anak-anak yang pergi ke sekolah yang tidak ada tablet dan komputer riba.
"Kami memandang serius perkara ini dan sedang berusaha membantu pelajar untuk mendapatkan akses.
"Ini kerana jika tidak ada akses sama ada perkakas atau kesalinghubungan akan mencetuskan masalah besar," katanya ketika berucap pada program MyHackathon 2020 Finale yang diadakan secara dalam talian di sini, pada Selasa.
Dalam pada itu, Khairy Jamaluddin berkata pandemik COVID-19, memaksa meneliti semula pengoperasian dan penyampaian awam kepada golongan yang memerlukan bantuan dapat dilaksanakan dengan segera dan lebih efisien.
Katanya, pendekatan yang paling relevan dan berkesan untuk memastikan perkara tersebut dapat dicapai adalah melalui penggunaan teknologi dan penerapan digitalisasi dalam perkhidmatan awam.
Ini
termasuklah pelaksanaan inisiatif-inisiatif baharu kerajaan di bawah
Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) dan Belanjawan 2020
serta usaha on-ground untuk mengelak penularan wabak tersebut.
"Pihak kementerian melihat bahawa pendekatan yang paling relevan dan berkesan untuk memastikan perkara ini dapat dicapai adalah melalui penggunaan teknologi dan penerapan digitalisasi dalam perkhidmatan awam," katanya.
Sumber : Astro
0 Comments