Kuala Lumpur: Radio Televisyen Malaysia (RTM) akan melancarkan saluran khas berbentuk pendidikan bagi membantu proses pengajaran dan pembelajaran murid di rumah (PdPR) semasa dan pasca Covid-19.
Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah berkata, RTM sememangnya sudah ada pengalaman dalam menyediakan TV Pendidikan sejak 1972 hingga 2008 dan pihaknya menjangkakan saluran baharu itu dapat disediakan pada suku pertama tahun ini.
"Semasa (pelaksanaan) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang pertama juga kita ada kelas di rumah dua sesi iaitu dua jam pada waktu pagi dan dua jam pada waktu petang menggunakan saluran TV Okey.
"RTM sebenarnya sekarang ini pun sedang bersedia dan sudah pun membuat ujian saluran baharu. Isi kandungan dalam saluran televisyen itu akan disediakan oleh Kementerian Pendidikan," katanya kepada pemberita selepas sidang media penutupan Mesyuarat Menter-Menteri Digital Asean Pertama (ADGMIN1) yang berlangsung secara maya, di sini, hari ini.
Apa yang tersiar didalam blog ini adalah pendapat penulis/pengirim dan tidak semestinya mewakili pandangan dan pemdapat kami pengendali blog ini dan Sekolah. Kami tidak bertanggungjawab atas apa-apa tulisan dan komen penulisa/pembaca. Semuanya adalah pandangan peribadi penulis/pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami pengendali blog dan Sekolah ini.
0 Comments