Terkini

6/Terkini/ticker-posts

Header Ads Widget

header ads

Obebel – Berhati-Hatilah Dengan Tablet Android Murah Di Pasaran

 


PKP 2.0 menyebabkan Pembelajaran dan Pengajaran dari Rumah (PdPR) terpaksa dilakukan di seluruh negara. Selain keluhan kesukaran mendapatkan capaian internet pantas yang stabil, keluhan dari ibu-bapa atau penjaga yang tidak mempunyai jumlah peranti yang secukupnya juga tular di media sosial. Pelbagai penyelesaian diutarakan oleh orang ramai serta parti politik untuk isu berbanding sejak PKP 1.0 lagi.

Kami telah menerbitkan artikel 10 Tablet Bawah RM1000 Untuk PdPR beberapa hari yang lalu dan maklum balas yang kami terima dari pembaca adalah luar dari jangkaan. Ramai yang berterima kasih dengan saranan yang diberikan dan ada juga yang memberikan alternatif yang jauh lebih murah. Ada yang bertanya mengapa tidak menyarankan tablet Jenama A yang dijual pada harga jauh lebih rendah dan kerap dilihat diiklankan di media sosial.

Jawapan pendek yang boleh kami berikan ialah ia mungkin murah tetapi kami tidak boleh menjamin ia selamat digunakan. Ramai mungkin tidak mengetahui tidak semua peranti Android adalah setaraf. Setiap peranti perlu menjalani proses pengesahan rasmi Android Certified dari Google sebelum dibenarkan menggunakan Google Apps.

Kami menyedari di Malaysia, sekolah-sekolah kerajaan menggunakan Google Classroom untuk PdPR bagi memudahkan perkongsian kertas latihan, menghantar kerja rumah dan menandatangani kedatangan. Kemudian Google Meet menjadi platform telesidang pilihan guru kerana tiada tempoh had seperti Zoom.

Banyak tablet murah di pasaran tidak menjalani proses Android Certified. Aplikasi Google PlayStore dan Google Apps telah dipasang secara siedeloading oleh pengeluar. Aplikasi Google Apps pada waktu ini mungkin boleh digunakan tetapi kita mula melihat Google mula menghalang akses kepada aplikasi mereka pada aplikasi yang tidak menerima pensijilan Android Certified.

Google Messages misalnya kelak akan menghalang peranti yang tidak rasmi dari menggunakannya. Ini menyebabkan banyak pengguna peranti Huawei/Honor yang memasang Messages sedara sideloading kelak akan kehilangan akses kepada perkhidmatan ini. Siapa boleh mengatakan Google tidak akan melakukan perkara yang sama ke atas aplikasi lain mereka yang memerlukan log masuk akaun pengguna dalam masa terdekat. Oleh sebab itulah kami mengingatkan anda di luar sana untuk berhati-hati sebelum membeli tablet Android murah dari jenama yang tidak pernah didengari.

Jadi bagaimana untuk mengetahui sama ada tablet yang ingin dibeli menggunakan Android yang menerima pensijilan Google? Terdapat ratusan di luar sana sehingga kami sendiri tidak mampu mengira dengan jari. Sebagai pembeli anda perlu melakukan sendiri carian menerusi pautan Android Certified ini. Kesemua syarikat yang menjalani proses pesijilan peranti dengan Google disenaraikan di laman ini.

Namun begitu senarai Google ini sendiri tidak dikemaskini kerana kami masih dapat melihat Huawei disenaraikan walaupun peranti mereka sejak hampir dua tahun lalu tidak lagi menggunakan GMS.

Cara paling selamat mungkin ialah membeli dari jenama yang lebih dikenali ramai atau dipercayai. Kami juga menasihatkan pembaca untuk turut berhati-hati dengan tawaran peranti mahal pada harga murah yang muncul seperti cendawan selepas hujan. Anda fikirkanlah sendiri logik di sebalik iPad Pro 2020 yang ditawarkan pada harga RM100. Adakah ini masuk akal? Malang sekali ketika pandemik masih wujud sosok-sosok yang mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan dengan menipu. Tiada mutasi Covid-19 pada waktu ini yang hanya menyerang bajingan laman edagang.

Akhir sekali izinkan saya memberikan penekanan terhadap tablet Huawei pula. Ramai yang memberikan tips kepada kami untuk mengaktifkan GMS pada tablet Huawei. Terima kasih terhadap tips yang diberikan tetapi beberapa cara yang kami lihat di atas talian adalah amat meragukan. Ada yang memerlukan aplikasi dari pihak ketiga. Melog masuk ke akaun Google menerusi perantara pihak ketiga bukanlah idea yang bijak. Malahan ia sebenarnya bendera merah yang berkibar dengan siren polis berkumandang kuat di telinga.

Jika anda ingin mencari tablet Huawei, cari model yang dijual dengan GMS terpasang yakni yang dijual sebelum mereka dimasukkan ke dalam senarai entiti. Malang sekali walaupun banyak tablet Huawei adalah cukup baik untuk PdPR, tanpa GMS adalah mustahil untuk menggunakan Google Meet untuk telesidang. Google sudah menghalang Meet versi web digunakan pada peranti Huawei.

Kami tahu ada yang mengatakan mereka masih boleh mengaksesnya tetapi kami sudah mengujinya pada 2 telefon pintar dan 1 tablet tahun 2020. Pada ketiga-tiga peranti apabila pautan Meet diklik, ia akan membawa terus ke Google Play Store versi web. Jika sideloading dilakukan pula, aplikasi terus gagal berfungsi. Tetapi sekiranya anak anda tidak menggunakan Meet untuk telesidang, peranti Huawei masih boleh kami sarankan walaupun Zoom perlu dimuat turun menerusi Petal Search dan bukannya App Gallery.

Diharap dengan artikel ini anda lebih cakna mengenai pembelian tablet Android murah di pasaran. Kami percaya mencegah adalah lebih baik dari mengubat. Sebelum menjadi mangsa pembelian atas talian dari penjual yang tidak amanah, ada baiknya kita melakukan kajian sepenuhnya terlebih dahulu.

AMANZ

Post a Comment

0 Comments