Terkini

6/Terkini/ticker-posts

Header Ads Widget

header ads

Sambutan Kedatangan Pelajar Tingkatan 1 tahun ini meriah walaupun masih dalam suasana igauan PKP


Sepanjang melakukan tinjauan dan pemantauan di dalam dan luar sekolah pada hari pertama sesi persekolahan tahun ini sangat memuaskan.

Pemantauan dijalankan oleh pihak sekolag, PPD dan JPN terutamanya di kawasan pintu pagar utama, di Deawan dan kelas sangat baik.

Pihak sekolah membuat persiapan yang sangat baik dan menyediakan segala keperluan normal baharu untuk diamalkan murid dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi mencegah rantaian pandemik Covid-19 ketika ini.

Pihak sekolah memang telah bersedia manakala ibu bapa juga sangat prihatin dalam memastikan anak-anak mereka mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan. Secara keseluruhannya pematuhan SOP pada hari pertama ini berada pada tahap terbaik.

Bukan sahaja peranan sekolah tetapi Ibu bapa perlu sentiasa mendidik anak-anak supaya sentiasa mematuhi SOP ketika berada di sekolah.





Perjalanan taklimat awal oleh Tuan Pengetua, En Ghanami bin Hasan sangat baik dan tuan pengetua menekankan bertapa penting pelajar memenuhi SOP tersedia dan memahami peraturan sekolah dan mengiikut sebaik mungkin.

- Unit Berita, ICT

Post a Comment

0 Comments