Terkini

6/Terkini/ticker-posts

Header Ads Widget

header ads

Halaqat Bulanan


Bagi setiap bulan, pada hari Khamis yang selalunya adalah Majlis Bacaan Surah Yaasin dan Solat Hajat ditukar kepada Program Halaqat. Program selama 40 minit ini (7.40 - 8.20 pagi) dipecahkan kepada kumpulan kecil pelajar sekitar 10-12 orang dan akan dikendalikan oleh seorang guru pembimbing.

Bulan ini pelajar ditekan konsep kebersihan iaitu kebersihan jiwa dan raga, kebersihan pakaian dan tempat persekitaran termasuk kebersihan sekolah.


Pihak pengurusan sekolah akan memantau program ini agar program ini berjalan dengan lancar. Guru yang tidak hadir, atau ada urusan lain akan diganti bagi memastikan program ini berjalan dengan baik dan sempurna.


Kumpulan pelajar akan memilih tempat perbincangan halaqat masing-masing. Biasanya mereka memilih di luar kelas untuk mendapatkan suasana kelainan. walau bagaimana ada yang memilih bilik-bilik khas.







Temubual saya secara rambang dikalangan pelajar mereka seronok dengan program ini.

Post a Comment

0 Comments