KUALA LUMPUR: Pemberian 150,000 komputer riba oleh syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) dipercepatkan ke bulan depan.
Menteri Kewangan, Tengku Datuk
Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, ini bagi memastikan pelajar dari
keluarga B40 dapat meneruskan pelajaran secara dalam talian walaupun
dari rumah.
Kata beliau, pemberian komputer riba itu merupakan salah satu cara memanfaatkan ekosistem kerajaan
bagi membantu golongan yang memerlukan.
"Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang berkerjasama rapat dengan Yayasan Hasanah untuk mempercepatkan penyampaian komputer riba tersebut," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Mengulas lanjut, Tengku Zafrul berkata, ini bukan kali pertama Yayasan Hasanah berganding bahu dengan KPM dalam memberi sumbangan pada perkembangan sektor pendidikan terutamanya kepada pelajar-pelajar di luar bandar.
Beliau memaklumkan, sejak tahun 2015 hingga 2019, yayasan tersebut membelanjakan sebanyak RM363 juta untuk tujuan itu. - Astro
0 Comments